Assalamualaikum.
lebih kurang 2 minggu sebelum PKPB 2.0, kami sempat menjongket ke Tengganu. Negeri cantik Budaya Menarik (katanya). Lama betul tak pergi Terengganu, last around 2014/2015 kot tu pun pergi kerja.
Terjadinya trip ke Terengganu ni dimulakan dengan Tini ajak pergi Redang bersama 3 orang kawan dia yang lain, the more the merrier katanya. Moh la ke Redang kayak T20 katanya dengan stay dekat Laguna Redang. Wealls pun survey la pakej, RM 588 kot for 3d2n. Tersedak kuih raya. Tapi kami beli je tiket flight dulu sebab Air Asia hanyalah RM 80++ for KL-KT (return).
Beli tiket flight sebulan awal macam tu tanpa ku sedari pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuh. Setelah ditimbang-timbang, ahhh...gasak la book jela Laguna, take my moneyh.
Tetiba Laguna sold out dalam website hahaha, dah start dah recce tempat lain antaranya Taraas (wah, bukan kaleng-kaleng) tapi Taraas ni lain maciam mahal dia. Aku tetiba terbuka hati nak call Laguna punya office dan rezeki wealls bertiga ada lagi kosong untuk triple sharing. Syukurr
Hari kejadian, sebab flight pukul 7.30 pagi, Kak Yang ngan Ean stay rumah aku sebab dekat sikit nak ke airport dan boleh share Grabcar. Rupanya Ean busy gila haritu, aku pun ada dateline dan malam tu wealls pulun buat keroje dengan tak tido. Siap kerja terus siap-siap gerak pergi airport.
 |
Hadiah birthday yang sampai ngam-ngam 12 jam sebelum trip. Makasih sissss |
Aku book Grab Car dengan jiran je. Sampai airport macam awal sangat pulak hahaha. Lamanya tak datang KLIA 2, last masa trip Bandung bulan 3 haritu. Aku ada jugak la fly sebab kerja 2 weeks before trip ni, sis 2 orang tu kemain terharu menjejak kaki ke KLIA 2 hahaha.
Check in bag dulu dan pergi breakfast kat Marrybrown, semua kelaparan sebab tak dinner semalam.
 |
Setelah 7 bulan tak datang KLIA2, rindunya suasana airport. Terharu sehingga hampir menitiskan air mata hahahaha |
Lepas solat subuh, kami menapak ke Gate K yang jauh gila tu sesambil update perkembangan lokasi dengan Tini. Flight berlepas tepat pada waktunya. Duduk je atas flight terus ZZZZ sedar-sedar dah sampai Airport KT hahaha.
Masa ni Covid kat Sabah memang tengah spike so sebelum keluar kami kena lalu kaunter pemeriksaan, Aku dgn Ean dok gurau-gurau "eh, kalau kita ada pergi Sabah atau tak lepas saringan kena hantar balik ke?" ada la lawak2 lain tetiba sampai giliran aku, brader tu check history MySejahtera and tanya " Puan ada pergi Sabah ke last week?" terus cuak aku sebab aku pergi KK dah lama, almost 3 weeks before trip, rupanya yang aku pergi Kuching tu staff tu ingat Sabah. Pheww..cuak kejap.
Kereta sewa diuruskan oleh Tini, sesambil tunggu kami pun berkenalan dengan 2 kawan Tini, Diana dan Amy.
Destinasi pertama ialah Fauzi Nasi Kerabu untuk 2nd breakfast. Ramai orang dan mujur la dapat seat walaupun kecik. Nak flatlay pun tak sempat, dah la ada notis kat kedai "Lepas makan terus bangun, orang lain pun nak makan jugak"
 |
Me bukan peminat nasi kerabu so order nasik minyak.
|
 |
Teh ais madu. Tudiaa kalori
|
 |
kambing bakar dia sedap
|
 |
ayam bakar. Tak try pulak
|
 |
Pilihan lauk pauk yang ada. Meriahuolls
|
Lepas makan kami terus ke destinasi seterusnya. Tini sebagai designated driver sebab yang lelain semua acik takut nak drive MPV hahaha. Thanks sis, muahciked.
Singgah jap kat lokasi buaian ni betul-betul depan warung celup Pok Nong. Since masih awal dan warung pun belum bukak maka tempat ini kami yang punyaaa..
 |
ada yang dah roboh. serunuk sangat berayun agaknya
|
 |
mula-mula takut nak naik (rujuk video yang pernah viral) |
 |
Lepas tu ada keyakinan sikit. Duduk untuk bergambar je, bukan berayun
|
Lepas bergambar kami memeruskan perjalanan ke Penarek. Yaa, kami nak bergambar persis zaman batu bersurat di Terrapuri. Aku ada bagi cadangan nak pakai baju kurung hahaha tapi macam tak convenient pulak. So, pakai je la apa yang ada.
Diana dengan Amy dah pernah datang before PKP, so diorang jadi tour guide je la. Sampai je sini akak tu kata ada group tour sekarang so kena tunggu lagi 30 minit camtu. So kami pergi jalan- jalan (berposing) kat pantai depan Terrapuri ni.
 |
Walaupun terjerit-jerit sepanjang jalan, sampai jua dengan selamat
|
 |
Wau, lamanya tak pergi pantai
|
 |
Kena la posing satu
|
 |
Teringat scene movie Pulang
|
 |
Kurangnya takde Bang Remy je hahaha
|
 |
Pantai ini kami yang punya.
|
Mungkin harini ialah Khamis, so orang tak berapa nak ada. Bole la kami buat area ni macam rumah sendiri nak melompat ke berbaring ke tak segan.

 |
Discussion nak pose camne haha. |
 |
Camni je la
|
Masa pun dah time, ayuh masuk ke Terrapuri. Dah lama teringin nak datang lepas tengok blogpost Abang Meng dengan IG Raw. Bayaran masuk RM 25 dan ada guide, tapi kami guide diri sendiri je haha. Orang pun tak ada, so sekali lagi boleh buat macam rumah sendiri.
 |
Fefeeling pengacara Nona |
Tempat ni macam luxury accommodation la kiranya. Ada macam-macam jenis rumah dan harga pun bukan kaleng-kaleng juga kalau nak stay sini. Lagi satu kan macam takud je kalau nak tido sini sebab sunyi haha. Aku suggest kalau nak datang sini pakai la lawa-lawa nanti menyesal. Kita ni zaman IG, TikTok kan semua benda nak nampak aesthetic. Travel zaman 2014 ok la, nak jumpa gambar posing sekeping pun payah (aku le tuuuu)
 |
ada pool jugak
|
 |
Komari sisturs
|
Dah panas-panas ketibas tu, singgah kat satu rumah kat depan dekat-dekat dengan entrance tu dan staff sini hidangkan keropok, kuih kayu keramat (faveret sis) dan air sirap selasih. Dia punya bersyukur dapat sirap selasih tu sebab haritu memang panas. Siap mintak tambah kat akak tu.
 |
Tadi buat macam rumah sendiri, sekarang melepak macam kat cafe pulak
|
Sebelum balik KT sempat pergi kat pantai atas sikit dari Terrapuri ni, saja nak tengok-tengok.
Bersambung
dzuli