Monday, May 11, 2020

Girls Trip Bandung 2020 - Part 4 ( Mogens Guesthouse, Braga City Walk)

Assalamualaikum

PKP bakal melabuhkan tirai tak lama lagi, setakat ni rakyat Malaysia masih risau la kerana semua sektor perniagaan dibenarkan bukak secara penuh sedangkan masih terdapat kes aktif COVID-19 dan ada pulak beberapa kluster baru. Sebagai rakyat, of course masih risau, tapi ekonomi juga perlu dijana. Diharapkan rakyat jagalah diri sebaik mungkin, cuma bila pergi kerja tu macam susah sikit la nak amalkan penjarakkan sosial. Mungkin masih tak perlu dine in di restaurant atau melewaq di shopping complex kalau tak perlu. Face mask, hand sanitizer dan disinfectant spray top up la banyak-banyak. Semoga rakyat Malaysia selamat dari segala segi. Sedih jugak baca ramai yang hilang sumber pendapatan semasa PKP, ada jugak yang kena terminate. Semoga rezeki akan terbuka lebih luas selepas ini.


Sambungan selepas balik dari shopping pisang sale. Boleh la pulak dalam kereta kami menyembang pasal cerita hantu Indonesia. Start dia sebab area Braga Street malam-malam ada cosplay hantu area situ. Macam-macam ada, pontianak, pocong, mak lampir. Angga ni cerita pasal beberapa urban legend kat Kota Bandung macam Rumah Kentang (ada movie), ambulans kat jalan apa tah, dikatakan ambulans tu walaupun dipindahkan ke tempat lain dia akan kembali ke rumah tu semula. Ada jugak  sekolah apa tah pun menyeramkan dan banyak cerita angker kat situ. Aku ni penakut sikit.
Malam tu kami check in kat Mogens Guesthouse, semua dah lemau sebab dari pagi tadi tak berenti berjalan. Malam tu sepatutnya tailor yang kami tempah baju kat pasar baru datang nak hantar baju. Janji pukul 9, lepas tu pukul 10. Semua dah mengantuk ni, ada yang terlelap-lelap ha sementara menunggu. Akhirnya, diorang datang dekat pukul 12. Pukul 12 kami fitting baju dengan mengantuk-ngantuk ha. Lepas tu isu tak puas hati pulak, baju Farhana besar gila, baju Ean kecik, baju aku labuh, kain longgar. Kecoh jap haha. Tapi boleh return balik kat diorang untuk alter. Tu je la tragedi tengah malam, takde cerita angker, hotel pun cantik dan modern.

Pagi esoknya, bangun pagi dan hanya breakfast kat hotel. Ayuh hotel tour

bilik simple tapi spacious. 
bed untuk 3 orang
cantik breakfast area dia
breakfast spread yang simple tapi not bad
lobby cantik

ni je pilihan yang ada. Ok je. Mengenyangkan
korridor dia cantek





Bagi aku, hotel ni takdelah wow. Location pun macam tersorok sikit tapi harga ok dan agak cute. Kalau tak salah untuk 2 malam kami hanya bayar less than RM 100 per person. Lagi satu takde lif, macam tak sesuai la kalau bawak orang tua ataupun luggage. Letih tau mengangkut naik atas. Masa kami stay ni, layanan pun macam tak mesra sangat sedangkan Bandung hospitality ni biasanya bagus banget. Tapi ada la sorang dua karyawan dia yang sangat helpful. Ada satu lagi isu, pagi tu masa siap-siap nak keluar diorang macam mintak jasa baik Farhana dengan Yin pindah naik atas sebab ada tamu yang nak check in nanti orang tua, nasib baik couple tu ok dan bertolak ansur, patutnya ko plan la awal-awal, tak pepasal bebudak tu kena kemas luggage bagai.

Tu je la cerita tak syok sikit. Ayuh ke Braga Street, one of my favourite location in Bandung.
Sabar je la tengok gambar acik-acik berposing sakan. Braga street ni terkenal dengn kolonial building, kalau rajin boleh jalan smpai ke Jalan Asia Afrika, dan terus ke Alun-Alun Kota Bandung. Niat kami nak jalan sampai alun-alun tapi disergah mak lampir, semua cabut lari.

nampak hotel yang aku stay tahun 2018, El Royale. 
Parking kat Gedung Sarimah 
Angga bawak masuk De Braga Arthotel
kalau ada rezeki sampai lagi ke Kota bandung, boleh stay sini. Lokasi dia best
Teruja sebab last time tak dapat explore tempat ni beriya2

Kat bawah ni gegambar je lah. Seronok pose sana -sini sebab ada Adik Yin. Banyak gambar scenery pun dari  beliau.

Gambar ni Yin ambik, siap edit black and white bagi effect nostalgic gitu

bersedia untuk berposing sakan

Belakang tu Savoy Hotel juga satu bangunan bersejarah kat Bandung ni


cinema





Bandung Tour On Bus, kalau nak rasa unik.
Umpama City Circle Tram kat Melben kot


KM 0 - Permulaan kota Bandung



Kantor Pikiran Rakyat, umpama Utusan Melayu kita


Depan tu sikit je dah Alun-Alun kota Bandung dengan Masjid Agung, tetiba kena kejar dengan Mak Lampir semua berterabur lari.
Merisikokan diri melintas jalan demi gambar kat sini hahaha.
gambar diinspirasikan oleh couple ni


Museum Konfrensi Asia Afrika

Tudiaa..Sebab tak sempat ngeteh coffee shop lain, kita pegi Starbucks dalam kolonial building



ID kat dalam macam beshe-beshe je

Ada scones tapi tak sedap sangat hahaha

Tapiii..ada view cantik, menghadap Muzium Konfresi Asia Afrika


Thanks Yin, gigih mengambil gambar kitaorang perlbagai gaya

Susah tau nak dapat gambar kat sini
Dah puas berposingan , ayuh ke tempat lain

Bye Braga, ada jodoh ketemu lagi


Sebelum ke next location, ayuh membeli ole-ole kat Kartika Sari pula




harini kita menabur rupiah dah melepak sajur.

Bersambung

dzuli

No comments:

Post a Comment