Friday, August 14, 2020

Getaway T20 - Pampas Steakhouse, Old Malaya & Wizard of Tribeca



Assalamualaikum

Sambungan daripada Getaway T20. Dari Banyan Tree kami request Grab untuk ke lokasi dinner reservation kami, tetiba dapat Alphard, serunuk jugak la sebab menepati tema T20.

Social distancing


Lokasi dinner kami ialah Pampas di Old Malaya, Jalan Raja Chulan. Plan asal nak skydining dekat Blackbyrd, Naza Tower tapi dah full. Cari-punya cari, maklumlah wealls bukan T20 betul-betul pun haha, kena la cari yang menepati budget juga kan. Maka lepas berbincang semua setuju nak makan kat Pampas sebab macam cantik dan value for money gitu.

Tak drive ialah pilihan yang tepat kerana masa kami sampai beratur panjang jugak nak masuk parking, so kami mintak grab driver drop je tepi jalan.

Old Malaya Building ni cantik, walaupun bertahun kerja kat Kuala Lumpur, aku memang tak tau, maklumlah siapalah kita nak dining kat Old Malaya kan. Ada banyak pilihan restaurant kat sini. Ada Mari Restorante -Italian Food, ada Manja- Malay food, Pier 12- Seafood dan lain-lain. 
Untuk reservation, kami guna Tableapps je, senang tak perlu call sana-sini. Hari Sabtu petang, restaurant call untuk confirmkan reservation.




lawa gile



Nampak menara KL

Letih nak ambik gambar kat sini haha

Mari Restorante



Eh, wajiblah ambik gambar satu

Takde ambik gambar interior. Malu nak berjalan-jalan

duduk je la, camera aku ni kalau low light memang buat hal

Skema je semua. Malu nak membising haha


Food yang kami order boleh tahan la. Price high end sikit tapi  bila dikaji semula sama je macam makan kat Menate or Janhet Bangi. Cuma ambiance sini lagi best la.


Moctails kedua untuk harini. Sedap gila. Tak ingat nama something Old Malaya

Lamb rack, wagyu burger, Chicken breast with lemon sauce, Salad with smoked salmon and calamari rings
ni yang aku order. ada 3-4 pcs lamb. sedap gak.

wagyu burger dengan moctails tini. pun tak ingat nama

Sharing dessert Chocolate Ganache


Lama jugak la melepak. Ambiance pun nice untuk menyembang sebab tak bising sangat dengan cahaya lampu yang suram-suram sikit. 
Sebelum balik opkos la kena baergambar dulu. hey!!


Best ni lepak minum-minum


Mintak tolong waiter ambikkan, adei..
nampak pintu je bang


Ambik Grab dan balik rumah. Sempat pulak photoshoot kat rumah tengah-tengah malam.



Terlebih gula semuanya sebab bill harini = belanja seminggu hahahaha




Habis sehari berpura-pura jadi T20.

Sebelum tido sempat layan Filem "Ali Setan", Aku tak minat sangat cerita 80an, tapi tengok je la, layan jugak la hahaha. Layan separuh je sebab mengantuk. Tini punya Igs lebih kurang  "after seharian acting macam socialite T20, balik rumah layan Ali Setan jugak"

Good morning !!


Hari kedua, kembali kepada kehidupan biasa. Bangun pagi ingat tak nak makan dah, nak terus brunch dekat lokasi seterusnya, tetiba ada orang wassap darii ruang tamu " pagi ni nak breakfast ape?" hahaha. Heiii!! Terus keluar beramai-ramai pilih nak makan apa. Akhirnya kami goreng je roti canai dengan roti bom Tisha (Tini supplier product Tisha), Ean pulak ada beli lebih lepastu order Chicken Curry dengan sambal sotong dari Ali, Muthu, Ah Hock . Kopi dengan teh aku ada bawak. Layan betul breakfast macam ni, habis licin semuanya.

First Breakfast.


Since checkout pukul 11 dan brunch reservation pukul 11.30, lepas makan terus bersiap. Ingatkan nak naik rooftop, tapi tak boleh access guna access card kitaorang. Jilake.

Simpan barang kat kereta dan terus ambik grab ke Wizards of Tribeca kat Tribeca Suites Jalan Imbi.
Tempat ni pun boleh reserve table thru website diorang. 
Wizard ni banyak specialties coffee, Matcha by Neko-Neko dan ada Kombucha (fermented tea). Boleh check kat IG diorang, ada jugak partnership dengan jenama-jenama coffee beans. 

Kononnya masih kenyang, tapi kitaorang order jugak food, bila lagi nak rasa kan. kami oder Chicken Kam Heong bao, Cajun Shrimp Bao, Poke Bowl and setiap selection tart. Tart tu memang thorbaik la , semua sedap. Aku siap tapau bawak balik.
 



Ean order Kombucha. Rasa macam sparkling drinks


Dirty latte- wajib cuba, sedap gila!!

Cajun shrimp bao, Kam Heong Chicken Bao, Poke Bowl,
Genmatcha Latte, burnt egg tart, cocot, chocolate carameland matcha tart.


Add caption

Kami menamatkan weekend getaway T20 ni di Wizard, lepas tu semua pulang ke sarang kerana esok nak kerja, acik2 dah tua baru berjimba sehari setengah dia punya qada tido sampai ke maghrib hahaha.
InsyaAllah, ada masa kita buat lagi, dpat jadi T20 sehari pun jadilah.




dzuli

No comments:

Post a Comment