Tuesday, October 6, 2020

Girls Trip Muar- Part 1 (Dataran Tanjung Emas, Pantai Leka)


Assalamualaikum.

Tebas semak. Semenjak travel ban dah lift up ni kemain serunuk ye rakyat malaysia kesan-kesini, kesana-kesini. Dengar kata Terengganu, Melaka and CH sesak memanjang every weekend. 

Sebenarnya trip Muar ni macam sangat impromptu. Ada la tertengok TikTok Syed Saddiq promote Muar, pastu share dalam group lepas tu pilih tarikh, book hotel dan tetiba sampai Muar. Begitulah cerita, frankly speaking sebenarnya negeri paling aku tak berminat nak explore ialah Johor hahahaha. Sorry, citarasa berbeza kan, tapi Muar (Syed Saddiq) telah mengubah persepsi itu. Ahli trip ini ialah jemaah trip Bandung iaitu Farhana, Yin, Kak Yang dan Ean. Yin ngan Farhana ni Johorean, so kami bergantung harap kepada mereka untuk jadi tour guide.

Kami pergi time cuti merdeka, pagi Sabtu Kak Yang datang pickup kat rumah dan kami kena pergi PD dulu untuk pickup Ean. Maklumlah cuti kan, agak jem la jalan nak ke PD tu. Dari PD ke Muar perjalanan agak lancar.
1st stop untuk lunch ialah medan selera Dataran Tanjung Emas. Katanya ada  asam pedas yang lazat dekat sini. Lama tak makan kat food court hahahaha, panas sikit dan ramai. So kena berganding bahu, sorang cari meja, sorang pergi order makanan. Tapi kami sampai lambat sikit, ada la menu yang dah habis.


Parking banyak, kena pandai cari je. 

Asam pedas ikan Mayong dan Telur ikan. Pari, tetel semua abis


Takde penjarakan sosial haha.


Lepas makan pergi check in hotel dulu, semua dah rengsa sebab panas lepas tu belum solat lagi.
Untuk trip ni kami menginap di Muo Boutique Hotel, betul-betul tengah bandar Muar, terletak dalam heritage building. Rate untuk family room without window hanyalah RM 150. Dalam Agoda dah full, book guna call  dapatlah last room. Nak jugak hotel ni ye.
Tapi bilik tu kecik ye. loft style, 1 queen bed kat bawah, 1 single kat atas, aku takde ambik gambar sebab sempit sangat tak reti nak ambik angle haha. Pergi melawat bilik Farhana pun kecik. Untuk 1 malam ok, kalau 2 malam boleh bergaduh duduk bertiga sempit-sempit camni haha.

Kedai-kedai sebelah hotel. Cute

Lobby hotel

Deco kat lobby


View dari rooftop

Kali ni bawak photographer kan. Pose!!
Ni je gambar bilik yang ada. depan TV tu queen size bed



Around 5.30 petang camtu kami keluar untuk menikmati Cendol Kampung Hulu. Cendol ni famous kat Melaka tapi yang kat Muar ni wajib dicuba sebab lokasi kedai dia cantik.
Kami order cendol biasa je, Yin order Cendol Durian. Verdict : I tak berapa minat bukan sebab tak sedap tapi tekstur shaved ice tu, aku lagi suka style air cendol kot haha. 







Lepas makan, apa lagi terus semua tak sabar nak bergambar sebab tempat ni ada dalam video Tik Tok Syed Saddiq tu.




Bandar Muar


Lepas tu kami terus ke Pantai Leka, dalam 30 minit dari Bandar Muar. Saja je nak menikmati sunset, pantai ni lebih kurang macam kat Kuala Selangor tu, jeti perikanan.














Cantik sunset hari tu, takde aktiviti lain selain daripada bergambar dan melayan blues. Lepas tu lapar la pulak, ayuh dinner. Cadangan pertama nak makan seafood kat Sabak Awor tapi queue panjangg, macam tak gigih lepas tu google kedai seafood terdekat ialah Wak Jos. Ok la pergi situ, kena beratur jugak, tak berapa panjang tapi sementara nak tunggu seat tu dekat-dekat setengah jam jugak la.
Oder la makanan, hmm....so-so sajur. Gambar pun tak ambik sebab lapar sangat dan letih beratur haha.

Balik dari dinner, aku paksa diorang pergi mengopi, apa barang travel kalau nak tido kat bilik je kan
Hasil carian google menemukan kami dengan Cafe Project Kaffeine. Walaupun kedai ni tricky sikit dan kami berpusing-pusing waze cakap dah sampai tapi tak jumpa jalan masuk. Berkat kesabaran dapat jugak la minum kat sini. Lawa cafe ni. Kami minum je, walaupun dinner tadi tak berapa menepati selera tapi kenyang la jugak.





Rose latte



sempat la bergambar ala-ala cover album hahaha
                    

Around pukul 11 baru balik hotel, esok konon nak bangun pagi nak melayan sunrise




dzuli

No comments:

Post a Comment