Tuesday, April 6, 2021

Staycation - Part 1 (The Chow Kit - An Ormond Hotel )


Assalamualaikum

Sebelum MCO bulan 10 last year, aku sempat staycation (lagi) dekat The Chow Kit, An Ormond Hotel.
Tak ingat kenapa kitaorang staycation, saja je kot ataupun duit berkepok-kepok-kepok hahaha.

Masa ni kes dah ribu-ribu tapi kami kekal tenang, kekal menjongket haha.
Pagi-pagi lagi kami dah menunaikan tanggungjawab di Valiram Sale dekat Ritz Carlton, zaman sekarang ni ada side business feels so good. Bukan la kaya raya pun tapi cukupla buat top up mana yang patut selain dari mengekalkan sanity sebab situasi office sekarang ni yang...........

Lepas shopping, nampak Wizard at Tribeca macam walking distance je, apa lagi singgah la sekejap having brunch, kebetulan pulak ada seat walaupun tak buat reservation.




Lepas brunch rasa macam awal lagi nak check in, singgah Lot 10 kejap, Allahu lama betul tak datang Lot 10 dan area sekitar Bukit Bintang ni. Dulu circa 2005 selalu la lepak sini sebab office depan times square. Tapi datang BB makan nasik campur je la, zaman gaji minimum haha. dah 15 tahun pun gaji minimum dok takat tu jugak, apo. 



Jalan-jaln sikit area BB cari satu kiosk nama Big Stick, jumpa kat dalam TikTok. Dia macam jual chicken wings yang dicucuk kat lidi besar. Sedap uii. 

Kat area sini, depan Sephora & Starbucks

Ayam grill yang ada ttopokki tu sedap. Korean fried chicken pun sedap

Singgah hole in the wall cafe ni beli air

Air passionfruit apa ntah


Ok, masa dah time, lets check in. Hotel ni ada parking area tapi full pulak, kitaorang park je kat tempat parking yang ada pakcik jaga tu harga RM 15 per day.

Kami ambil pakej stay and dine where kita ada dapat dine in credit sama dengan harga bilik. Kalau bilk RM 200 kita dapat credit untuk spend dekat cafe RM 200. Ikut la nak makan berapa kali asalkan cukup RM 200. Berbaloi bukan? Masa check in kami book siap-siap dinner pukul 8.30 malam

Bilik takde la besar sangat. Tu pun wealls dah ambik The Little Tawkey Suite. Harga dalam RM220 kalau tak salah. Tapi just nice la, ada tempat solat sikit, ada sofa kecik satu. Hotel ni ada concept tersendiri la, aku suka ID dia, kaler gold, black tapi macam heritage sikit. Memang taste la, kalau tak salah ni Tune Hotel dulu. Pendapat aku kalau family tak berapa sesuai sebab bilik kecik, takde pool, takde basement parking tapi kalau nak suka-suka berduaan why not. Ramai acik-acik masa dinner dan breakfast berduaan dengan pasangan masing-masing. Sis je sendu huhu.
Masa sampai siap ada pengantin photoshoot kat lobby ni, cantik pengantin yang jenis pakai baju simple/retro tu.


Cantik kan..terpersona aku terpersona

Restaurant concept ala kopitiam gitu

Dapat pamphlet sejarah Chow Kit, best

Bilik view Maju Junction je haha.

Ni je storage area yang ada

Katil

Toilet

Lepas check in hujan pulak. So, lepak je la dalam bilik sementara menunggu dinner. Around lepas maghrib macam tu turun la bawah untuk makan. Orang pun dah ramai, tapi sebab dah buat reservation ada la table.

Belek menu

Bar


Penuh.


Dinner menu kebanyakkan ialah local/fusion. Pilih-pilih kami ambik rendamg daging, ayam kampung/ayam penyek tah, nasi ulam dan moctails. Dessert recommended by staff untuk ambik bubur cha cha modern twist katanya.   

Semua sedap. Nasi ulam tu memang sedap gila, cukup rasa.

Moctials ambra asam boi apa tah

Watermelon Sugar Highhhhh

Bubur cha-cha modern twist tu. Aku tak minat hahaha, baik yang traditional


Overall agak berpuas hari la dengan food dia. Takde la sedap sampai rasa "Omo, craving makan kat Ormond" tapi macam berbaloi la dengan harga.

Lepas makan kita jalan-jalan sikit. Tapi area ni tak berapa menarik untuk jalan-jalan, ada part yang agak scary haha. So balik tido je la, esok pagi kita pergi Pintasan Saloma.
Aku kalau staycation dengan si bingsu ni biasanya gigih sikit buat macam-macam benda selain dari makan makan makan makan. 

Ada drive thru breakfast

Sis pun posing la satu








dzuli

2 comments:

  1. nice weii.. i stayed at Momo.. sebelah jak. mmg seram kt situ kalau memalam. nothing to do. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, malam memang sunyi sepi haha, night walk pun menakutkan

      Delete