Thursday, April 15, 2021

Staycation - Part 2 (Saloma Walk, Momo's Hotel)

Assalamualaikum dan Salam Ramadan.
Kembali kita ke bulan mulia penuh barokah, walaupun pandemic masih tiada tanda-tanda akan berakhir, program vaksinasi huru-hara dan SOP di bazaar Ramadan kelaut, sama-samalah kita menjaga diri dan keluarga tersayang dari dijangkit Covid-19.

Kembali ke episod staycation KL yang keberapa entah. Pagi-pagi selepas subuh kami nak pergi Saloma Walk. Nak pergi malam memang tak kuasa la sebab katanya malam memang meremut orang kat sini. Dari hotel ke sini dalam 2 km lebih je. Tapi tau la KL ni tak mesra pedestrian kan, so ada la tempat kena berjanggut tunggu traffic light untuk melintas jalan.

Route ikut kampung Baru, so lalu la pasar pagi kampung baru yang takde SOP tu haha, terus sarung mask masa melintas situ. Akhirnya sampai jugak, rileks je jalan bukan lari-lari.
 

Ada lif nak naik atas, jangan risau

Uuuu..cantik

Takde orang kan, so bole la pose!!

Ada je orang lain sebenarnya, tapi tak sampai 10 orang pun

Lawa betul dengan matahari malu-malu gitu





Dah ambik gambar dari pelbagai sudut, jom sambung jalan, kali ni balik nak ikut KLCC dengan Jalan Sultan Ismail pulak. Masa ni mula la menyesal tak bawak sport shoes, melecet kaki walaupun pakai sandal rubber.

tak pernah bosan tengok KLCC. 

Cyclist disana-sini. 

Sampai kat hotel kira ngam la masa untuk breakfast, kebetulan ada sikit lagi balance dining credit. Kitaorang decide untuk breakfast kat hotel je. Pilihan pun not bad, kalau tak salah setiap set dalam RM 30++. Aku order french toast and my sis ambik english breakfast kot. Set come with coffee/tea and juice.


Sedap jugak la

drinks


Lepas makan naik atas rileks-rileks sampai checkout. Ingatkan nak pergi lunch kat Kudu, tutup la pulak. Masa jalan semalam nampak Momo's ni, betul-betul sebelah The Chow Kit, ingatkan cafe, hotel rupanya tapi ada la tempat nak lepak-lepak minum. 

Masa masuk staff cakap kalau nak makan heavy pergi sebelah, dia pun bawak la pergi "sebelah" tu, hotel Chow Kit tu la sebelahnyaa...adoiii haha.
Takpelah, kami minum jela since takde la lapar sangat. Boleh google or tengok IG pasal momo's ni, Social Hotel katanya, bilik very minimalist and quite cheap. 





Gambar waktu malam masa jalan2 kat keliling hotel





Lepas minum-minum, balik la. Macam ni la 2020 sebab tak leh rentas negeri kan. Semoga pandemik ini cepat habis, kita pernah 0 kes kot.

dzuli

No comments:

Post a Comment