Monday, January 24, 2022

Staycation lagi - Hotel Majestic Kuala Lumpur

* Entry yang dah almost setahun dalam draft* Suddenly I miss blogging hahaha

Assalamualaikum

Salam 16 Ramadan, kejap je dah 16 hari kita berpuasa. Nampaknya tahun ni tak dapat balik raya lagilah, penat betul bertungkus-lumus duduk rumah dan patuh SOP tahun 2020 akhirnya sebab orang lain, kita masih tak boleh balik beraya. Kalau ada selebriti ke benda femes apa ke upload gambar raya meriah berkumpul-kumpul, ko babi. tu je (pagi-pagi puasa dah caruts ye)

Dekat setengah tahun dalam draft hahaha. Walaupun baru je masuk office setelah 4 bulan WFH, tapi masih malas nak update blog. Mengenangkan this is my platform untuk menyimpan kenangan, ku gagahi jua update.

Bulan 3 haritu birthday si adik bongsu and dia request nak tido The Majestic Hotel. Why not kan since The Majestic ni memang ada dalam wishlist cuma sebelum-sebelum ni rasa macam mahal sangat. Tak mampu saia. 

Sebelum check in kita pergi Starbucks Reserve dulu. Lamaaaa gila aku tak datang Berjaya Times Square ni, rasanya lepas berenti kerja 7E tahun 2005 terus tak pernah datang sehingga hari ini. Orang kata Starbucks Reserve BTS ni lawa, aku tak naik pulak kat atas, tapi kalau kat bawah ni biasa-biasa je.


Kena la order drinks from Starbucks Reserve Menu, Vanilla Bean Latte

Tangga naik bahagian atas




Kitaorang having light lunch je kat BTS ni, since hotel dapat dinner sekali maka haruslah mengosongkan perut.

Pukul 3 dah boleh check in, mujur jugak dapat parking kat basement. Terkejut sis masa nak check in, ramai gilaaa... queue nak check in panjang sekali.
Tapi ok je, bilik dah siap,urusan check in pun cepat.

Hotel yang berada dalam bucket list.

Sempat selfie dalam toilet hahaha. Maafkan sis, sis excited

Teringin sekali nak mengeteh dalam ni, lain kali la pulak ye.
Kang miskin bandar aku lepas bayar hotel dengan teatime package


Lobby


Ayuh check bilik. Ni bilik yg standard je tapi ok, sangat puas hati.

Key card

4 poster bed OMG


Ada bathtub

View St. Regis

view biasa-biasa je

Bantal dia best

Tibe-tibe mengada nak high tea kat Colonial Cafe ala2 penjajah. Tapi dah lambat, teatime set dah habis, minum tea je la...mahal gilaaaa..RM 30 per pot





RM 60 for 2 pots (sachet) of tea 



Our stay include dinner, masa ni SOP masih ketat so dinner dipecahkan kepada 2 time, boleh pilih 6.30 or 8.30 malam
Dinner quite good, sedap dan banyak pilihan




If ada kesempatan or duit lebih, this hotel is highly reccommended. 


dzuli

2 comments:

  1. 1 pot teh utk sorang ke?..huhu..sesekali bolehlah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah per person, segan pulak nak share berdua hahaha

      Delete